BAHASA MELAYU TAHUN 1
Bahasa Jiwa Bangsa
8 December 2012
7 December 2012
TEKA-TEKI
Soalan 1
Apakah dia, jauh dimata tetapi dekat dihati?
Jawapan: Usus
Soalan 2
Dalam banyak-banyak rumah, rumah apakah yang orang jarang tinggal?
Jawapan: Rumah api
Soalan 3
Kalau Tuan bijak bestari, apa yang naik tak pernah turun?
Jawapan: Umur
Soalan 4
Badannya lurus matanya satu, ekornya tajam apakah itu?
Jawapan: Jarum
Soalan 5
Kalau tuan orang berakal, buah apa yang tidak bertangkai?
Jawapan: Buah melaka
Soalan 6
Banyak daun perkara daun, daun apakah dahannya tiada?
Jawapan: Daun terup
Soalan 7
Aku hanya berjalan jika badanku penuh, kalau tak penuh tak boleh digunakan..
Jawapan: Congkak
Soalan 8
Kenapa penggali kubur bila ditugaskan untuk menggali kubur dia tak akan pakai baju?
Jawapan: Sebab dia pakai cangkul, kalau pakai baju bila nak siap kerjanya
Soalan 9
Semakin kita berpaling, semakin dia menjauh..apakah itu?
Jawapan: Telinga
Soalan 10
Apabila pergi dia terbang, tetapi apabila balik dia berenang..apakah benda tersebut?
Jawapan: Memancing
Soalan 11
Bagaimana nak bezakan ikan betina dengan ikan jantan?
Ikan betina ikan duyung, ikan jantan ikan bakar..mana ada perempuan bernama Bakar.
Soalan 12
Pokok atas buah, buah atas pokok...
Jawapan: Buah nanas
Soalan 13
Gajah panjat bangunan KLCC, apa yang pecah?
Jawapan: Pecah Rekod
Soalan 14
Dalam banyak-banyak mi, mi apakah yang tidak boleh di makan?
Jawapan: Misai
Soalan 15
Di manakah yang selalunya akan Banjir dahulu barulah hujan?
Jawapan: Bahrain
Soalan 16
Peserta semuanya memakai uniform, semakin lama semakin ramai dan tidak berkurang?
Jawapan: Tanah perkuburan
Soalan 17
Badannku berat kakiku tajam..kalau bergerak semua tergamam..siapakah aku?
Jawapan: Kereta Kebal
Soalan 18
Benda apakah bila dah masak ia menjerit?
Jawapan: Cerek
Soalan 19
Benda apakah, tidak sakit perut tapi selalu kena picit perutnya?
Jawapan: Ubat gigi
Soalan 20
Benda apakah turunnya perlahan, tapi bila naik punyalah laju?
Jawapan: Hingus
Soalan 21
Badannya besar dan kuat makan, walau kuat makan tapi tetap sama, apakah bendanya?
Jawapan: Peti sejuk
Soalan 22
Aku hidup dua bersaudara, diguna pakai penuh selera...apakah itu?
Jawapan: Sudu dan garpu
Soalan 23
Kalau tuan bijak bestari, bunga apakah selalu kena tindas?
Jawapan: Bunga api sebab selalu kena bakar
Soalan 24
Kenapa apabila monyet makan, dia simpan di pipi?
Jawapan: Sebab monyet mana ada peti sejuk untuk simpan makanan
Soalan 25
Dalam banyak-banyak binatang, binatang apakah ekornya di kepala?
Jawapan: Gajah
Soalan 26
Binatang apa, mukanya berserabut dan berselirat?
Jawapan: Sotong
Soalan 27
Binatang apa tanduknya terletak di mulut?
Jawapan: Nyamuk
Soalan 28
Kelam kabut bila keluar, bila terkena hati merana?
Jawapan: Lebah
Soalan 29
Ia ditanam dan disiram, tapi ia bukanlah tanaman..apakah ia?
Jawapan: Mayat
Soalan 30
Badannya berbentuk seperti bintang, badanku kuning disukai orang,apakah jawapannya?
Jawapan: Buah belimbing
Soalan 31
Mukanya bulat, tangannya dua, bila menjerit sakitlah telinga..siapakah dia?
Jawapan: Jam loceng
Soalan 32
Makin di potong, makin dia tinggi, apakah gerangan benda tersebut?
Jawapan: Seluar
Soalan 33
Apakah dia anaknya banyak, ibunya satu, bila digores menyalalah ia?
Jawapan: Kotak Mancis
Soalan 34
Bila di ikat saya berjalan, bila di buka saya berhenti, siapakah saya?
Jawapan: Kasut
Soalan 35
Makanan apakah yang dibalut dengan buluh, pada bulan tertentu sahaja dia muncul?
Jawapan: Lemang
5 December 2012
3 December 2012
2 December 2012
Sayur
Sayur adalah merujuk kepada sebarang tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang dimakan secara mentah atau setelah dimasak, sebagai salad, ulam atau lauk, bukan pencuci mulut, dan bukan makanan ruji atau snek. terdapat lebih daripada 50 jenis sayur ditanam di Semenanjung Malaysia sama ada di dataran rendah atau di dataran tanah tinggi. Lebih kurang 20 jenis sayur yang penting dan banyaj ditanam oleh petani Malaysia berdasarkan nilai komersial yang ada. Sayur boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
* sayur jenis kekacang
* sayur jenis ubi
Terdapat pelbagai gambar sayur-sayuran di halaman gambar.
Sayur adalah merujuk kepada sebarang tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang dimakan secara mentah atau setelah dimasak, sebagai salad, ulam atau lauk, bukan pencuci mulut, dan bukan makanan ruji atau snek. terdapat lebih daripada 50 jenis sayur ditanam di Semenanjung Malaysia sama ada di dataran rendah atau di dataran tanah tinggi. Lebih kurang 20 jenis sayur yang penting dan banyaj ditanam oleh petani Malaysia berdasarkan nilai komersial yang ada. Sayur boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
* sayur jenis daun
* sayur jenis buah* sayur jenis kekacang
* sayur jenis ubi
Terdapat pelbagai gambar sayur-sayuran di halaman gambar.
Subscribe to:
Posts (Atom)