Nota



Nota Tatabahasa 


1. Kata Nama Am

i.Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.












Manusia, orang     = ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor,askar dll
binatang              = ayam, gajah, kerbau, anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh-tumbuhan = pokok betik, rumput, lalang dll
benda                 = pasir, kayak, radio, rumah, pen, buku dll
tempat                = pejabat, pulau, sekolah, bandar, negeri dll

ii. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
iii. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
iv. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat
 





2. Kata Nama 

i.Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

ii. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.

Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.












Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)    benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)    orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)     binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d)    tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), 
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi








 3. Kata Ganti Nama Diri

  i Kata ganti nama diri merupakan kata yang menjadi penganti nama.
  iTerdapat 3 jenis kata ganti nama diri iaitu

a) Kata ganti nama diri pertama
Digunakan untuk mengantikan diri orang yang bercakap
Contohnya, saya, aku, beta, patik, kami, kita

b) Kata ganti nama diri kedua
Digunakan untuk menggantikan dri orang yang diajak bercakap
Contohnya, awak, kamu, engkau, anda, saudara, kalian

c) Kata ganti nama diri ketiga
Digunakan untuk menggantikan diri orang yang dicakapkan halnya
Contohnya, beliau, ia, dia, -nya, baginda, mereka






4. Kata Kerja
 Kata kerja terbahagi kepada : 
A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau ) 
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau ) 

A. Kata Kerja Transitif 
i. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). 
ii. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek ) 
iii. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan �me-� sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan. 


*Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. 
Contohnya: Atan mendengar radio. 
mendengar ialah kata kerja 
transitif 
radio ialah objek (kata nama) 
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya: 
Contoh ayat : 
1. Kucing itu menangkap seekor burung. 
2. perempuan itu menjual sayur. 
3. Bapa sedang menulis surat. 
Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut. 
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut. 
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat 
atau penyambut. 
(a) Pak Abu menjala ikan. 
(b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu. 
(c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung. 
(d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh. 
(e) Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih. 
(f) Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya. 
Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )

#Dia suka membaca buku.#Jamilah memukul seekor ular.
#Abidin menjual kuih-muih.#Ramli berjalan ke sekolah.
#Kereta itu melanggar seekor lembu


B. Kata Kerja Tak Transitif 
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut. 
Contohnya :: 
i. Mereka berjalan pada hari cuti. 
ii. Anjing itu sedang tidur. 
iii. Hujan turun dengan lebatnya semalam. 
Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain. 
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain. 
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain. 
Subjek ( pembuat ) Kata kerja tak Transitif keterangan 
Kami mandi di tasek itu. 
Dia senyum semasa berjalan.
Saya menyanyi dengan kuat. 
Hassan berjalan ke sekolah.





5. Imbuhan Awalan  

                        


                  




6. Kata Hubung          








7. Imbuhan Akhiran        






8. Ayat Dasar    










9. Kata Adjektif    








10. Kata Tanya  






















11. Pantun















12.Penjodoh Bilangan







13. Kad Bergambar




13 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih, saya akan berusaha lagi. Sekarang saya telah memasukkan lebih banyak nota yang berkaitan dengan bahasa Melayu tahun 1.

      Delete
  2. nota yang ringkas, senang difahami....

    ReplyDelete
  3. Nota cikgu jelas dan sesuai untuk murid.

    ReplyDelete
  4. Nota yang jelas dan bermanfaat.

    ReplyDelete
  5. Nota yang cikgu bagi jelas dan gambar yang menarik.

    ReplyDelete
  6. Nota yang jelas dan gambar yang cantik.

    ReplyDelete
  7. jelas, ringkas dan mudah difahami

    ReplyDelete
  8. Nota cikgu bukan sahaja sesuai untuk murid-murid tahun 1 sahaja, juga sesuai untuk tahap-tahap lain. terima kasih kerana berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  9. nice blog!thank for sharing!

    ReplyDelete